Ahad, 20 Mei 2012

16 Kehebatan Kalimah Bismillah !!

◘ Yang pertama ditulis Qalam adalah Bismillah. .maka apabila kamu menulis seusatu, maka tulislah Bismillah pada awalnyakerana Bismillah tertulis pada setiap wahyuyang Allah S.W.T turunkan melalui perantaraan Jibrail.
◘ Bismillah untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila menonton sesuatu dengan Bismillah. Aku tidak akan meniggalkannya sekejap mata pon sejak Bismillah diturunkan kepada Adam A.S ( Hadis Qudsi )
◘ Tatkala Bismillah diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
◘ Demi Allah S.W.T dan Keagongan-Nya, tidaklah Bismillah itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah Bismillah dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah S.W.T beri keberkatan ke atasnya.
◘ Barangsiapa ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah Bismillah setiap kali melakukan perkara yang baik.
◘ Jumlah huruf dalam Bismillah ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS. Al Muddatsir : 30 ) Ibnu Mas'ud berkata " sesiapa yang sesiapa yang ingin Allah S.W.T selamat kan dr 19 malaikat neraka maka bacalah Bismillah 19 kali setiap hari ".
◘ Setiap huruf Bismillah ada Junnah ( penjaga/khaddam ) hingga tiap huruf berkata " sesiapa membaca Bismillah maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya ".
◘ Barangsiapa yang memulakan tulisan Bismillah, nescaya ALLAH S.W.T akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggidan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
◘ Barangsiapa yang membaca Bismillah maka akan bertasbihla segala gunung kepadanya.
◘ Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
◘ Barangsiaap yang membaca Bismillah 50 kalidi hadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati i zalim dan naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
◘ Ucapkan salam dan Bismillah setiap kali hendak memasuki rumah Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian.
◘ Bacalah Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya.
◘ Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaan marah, Insyaallah akan dapat melembutkan hatinya.
◘ Lafaz Bismillah jika di ucap sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah penyakitnya akan sembuh.
◘ Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah apabila selesai solat Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas kecil dan najis. Hendaklah menghadap kiblat sehingga matahri terbenam

Jgn,,,,,???

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN

♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri

♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali

♥ Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.
Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN

: WAHAI LELAKI..NAK JADI LEBIH KACAK, SIMPANLAH JANGGUT

"Lelaki yang berjanggut LEBIH MANIS DIPANDANG..." 
♥(wanita solehah)♥

Sabda Rasulullah SAW :
"Cukurlah kumis dan peliharalah janggut." 
(HR Muslim)

"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu."
(HR Bukhari dan Muslim)

p/s : Janggut merupakan SUNNAH KEKAL hingga ke alam kubur, seorang lelaki akan lebih menyerlah KETAMPANAN dan SIFAT KELAKIANNYA apabila mempunyai janggut..♥♥

:: Wahai LELAKI, berjanggutlah ::

Bagaimana hendak bercinta?

Bukalah hati untuk menerima cinta~
Pastikan bercinta berlandaskan agama~
Bercintalah kerana mencari keredhaan yang Esa~
Elakan bercinta kerana janji manusia~

Bukalah buku untuk mencari ilmu~
Kerana ilmu tak akan datang menemuimu~
Tuntutlah ilmu hingga keakhir masamu~
Selagi ajal belum ketemu~

Bukalah Al-quran untuk mendapatkan ketenangan~
Mujizat terbesar yang dikurniakan tuhan~
Bacalah dan fahamilah maksud yang tersimpan~
Jadikan ia sebagai panduan dalam kehidupan~

AURAT & KEMULIAAN

AURAT & KEMULIAAN

Menutup aurat membuka kewanitaan & kemuliaan. Sebagai contoh, R. Stevenson menulis dalam 'Toronto Star' bertarikh 23 Januari 2002 berhubung dengan etika permakaian wanita Islam. Beliau berkata, " Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan 3 orang wanita muda. Tiba-tiba 2 orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, 'Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya bersimpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal & bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan, wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih & berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-ketiga wanita barat tadi.

Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab & sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat & tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah (yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab & kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita Islam."

Quran Saintifik, karya Dr. Danial Zainal Abidin, m/s 293 & 294.

Sedangkan lelaki Barat kagum dengan cara pemakaian wanita Islam, adakah kita (bagi lelaki) kagum juga? Renung2 kan..... ^__^

Jgn menjadi wanita yg ....

✿..JANGANLAH menjadi WANITA yang suka MENGELUH dan MARAH-MARAH tatkala mendapat DUGAAN dan CUBAAN..jadilah wanita yang sentiasa SABAR dan PASRAH dalam MENCARI PAHALA Allah..✿~

~Couple Islamik...?????~ BOLEH KE

"Jodoh adalah ketentuan Allah tapi ramai yg suka berbicara tentangnya...Kematian juga adalah ketentuan Allah tapi hanya sedikit yang berbicara mengenainya... "
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Sa
fura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

#yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya.. peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya.... wallahualam.