Rabu, 25 Januari 2012

Apa yg terjadi jika dunia tak ada " Wanita & Kata "...?



Wanita....

kau adlh setengah bagian dari kehidupan ini......
tanpa dirimu dunia mungkin tak seindah ini, dan mungkin juga tak seramai ini..
kau selalu dipuja.....dikagumi....., bahkan ada yg rela mati karenamu...
kdg akal sehatku pun kalah olehmu,....

Kata...
adlh tulisan hati dari sebuah ungkapan perasaan
bnyk kata tercipta karena hadirmu wanita....
keindahanmu terlukis lewat kata,...dari ujung rambut sampai ujung kaki...
tak terhitung kata yg sudah tercipta semenjak kau diciptakan dari tulang rusuk sang ADAm..

Kata....
yg membuat kita utk berjanji dan berucap maniz...
sang pemuja hawapun berjanji ..
" sumpah demi mursalat (para
malaikat yang diutus membawa kebaikan), dzariyat (angin yang bertiup
dengan kencang), An-Naazi’aat (para malaikat yang mencabut nyawa
dengan kasar), demi fajar, demi masa, demi waktu dhuha, demi letak letak
bintang.."

Wanita tak lepas dari kata..
karena wanita pengaggum kata - kata indah..
kata-kata juga tak lepas dari keindahan wanita itu sendiri..

Sajak(Muslim)


BERSYUKUR KEPADA TUHAN(ALLAH)

Ya Tuhan,
Aku bersyukur kepada-Mu
dengan nikmat hidup yang Engkau berikan
dicipta pancaindera yang sempurna,
dianugerahkan tubuh yang sihat
diberikan rezeki yang murah,
dikurniakan otak yang cergas
aku dimudahkan untuk beribadah
Sesungguhnya hanya ucapan
ALHAMDULILLAH
yang mampu diungkapkan

Aku bersyukur kedapa-Mu Tuhan
Aku ada keluarga yang penyayang,
Aku ada sabahat yang baik
Aku diberi peluang untuk belajar
Aku diberi umur dan masa
untuk mengenal dunia ini
semogaku menjadi insan yang bersyukur kepada-Mu,
Sepanjang masa
amin,amin,amin
sekali lagi
ALHAMDULILLAH,
Kuucapkan syukur kepada-Mu Tuhan!

wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?


Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke
wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Insan seperti dia hanya satu dalam seribu.Dialah pencarian saya untuk seorang calon isteri


Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Untuk itu, saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-..santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.

Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. S
aya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.
Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan.
Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya,tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga.
Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.

Dia MAMPU mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah,dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.

Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.

Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya...

Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya.

Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir.Insan seperti dia hanya satu dalam seribu.





SEMPURNAKAN DIRI TERLEBIH DAHULU

Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS....
Jika diri tidak seindah SULAIMAN..

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF...
Jika kasih tidak setulus ZULAIKHA...

Tidak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM...
Jika tidak sekuat SARAH..

Tidak perlu mendamba insan sempurna seperti FATIMAH
Andai diri tidak mencontohi ALI...

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH
Jika diri tidak sesempurna RASULULLAH...

Tidak guna ada mata kalau tidak dapat melihat...
Tidak guna ada hati kalau tidak dapat menilai..

Couple Islamik ? ^_^



ASSALAMUALAIKUM..



Kisahnya
mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura
sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh
hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya
berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak
diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan
perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk
pencegah maksiat sekolah.


Beberapa tahun
berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah
tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas
pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka
orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka
berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni.
Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai
serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar
bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana
ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan,
perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh
qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.



Setelah setahun
mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan
Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum
mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya. Muhammad pun berkata.....


"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. 


Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi.

Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada.

Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan 'babi' tu.

Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia.

Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.

Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher.

Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh.

Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. 'Babi' Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu HARAM, ia TETAP haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

~Sayang semuanya~


Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.

Antaranya kawan kita boleh menjadi :tempat kita meluah perasaanteman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiranboleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boringboleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuandan banyak lagi laaa…

Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.

Cuma persoalannya sekarang ialah ;Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.

1. Sebarkanlah salam

Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada ALLAH SWT supaya ALLAH SWT sejahterakan sahabat kita tu.

Mengenai salam ni, nabi MUHAMMAD SAW ada berpesan dalam sabdanya ”

”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi ALLAH SWT ialah sesiapa yang memulakan salam.” 

(Hadith riwayat Abu Daud)

2. Kenali perangai kawan anda

Bak kata pepatah Melayu ;

”Tak kenal, maka tak cinta”.Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.

3. Menjadi pembela kepada kawan anda

Jika kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita keburukan mereka, jangan la anda mengiakan pula. Anda kena menafikannya dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Anda kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan anda.

4. Saling memaafkan

Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham antar anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita kan manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, anda jangan mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan anda. Kalau dia sakitkan hati anda, maafkanlah dia. Kalau anda pula yang telah melukakan hati dia (samada secara sengaja atau tidak), anda jangan segan untuk minta maaf. Minta maaf.

5. Setia dalam persahabatan

Jangan khianati persahabatan anda. Contohnya, kalau kawan anda ada kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula anda jaja cerita tu pada orang lain. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak mendedahkan keburukan kawan-kawan anda kepada orang lain. Jangan sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan anda.

6. Saling mendoakan

Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan anda. Sebutlah nama mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan anda. Berdoalah pada ALLAH SWT supaya hubungan anda dengan kawan-kawan sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama anda.

Selasa, 24 Januari 2012

Berkenalan


Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.

Antaranya kawan kita boleh menjadi :tempat kita meluah perasaanteman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiranboleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boringboleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuandan banyak lagi laaa…

Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.

Cuma persoalannya sekarang ialah ;Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.

1. Sebarkanlah salam

Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada ALLAH SWT supaya ALLAH SWT sejahterakan sahabat kita tu.

Mengenai salam ni, nabi MUHAMMAD SAW ada berpesan dalam sabdanya ”

”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi ALLAH SWT ialah sesiapa yang memulakan salam.” 

(Hadith riwayat Abu Daud)

2. Kenali perangai kawan anda

Bak kata pepatah Melayu ;

”Tak kenal, maka tak cinta”.Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.

3. Menjadi pembela kepada kawan anda

Jika kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita keburukan mereka, jangan la anda mengiakan pula. Anda kena menafikannya dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Anda kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan anda.

4. Saling memaafkan

Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham antar anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita kan manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, anda jangan mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan anda. Kalau dia sakitkan hati anda, maafkanlah dia. Kalau anda pula yang telah melukakan hati dia (samada secara sengaja atau tidak), anda jangan segan untuk minta maaf. Minta maaf.

5. Setia dalam persahabatan

Jangan khianati persahabatan anda. Contohnya, kalau kawan anda ada kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula anda jaja cerita tu pada orang lain. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak mendedahkan keburukan kawan-kawan anda kepada orang lain. Jangan sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan anda.

6. Saling mendoakan

Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan anda. Sebutlah nama mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan anda. Berdoalah pada ALLAH SWT supaya hubungan anda dengan kawan-kawan sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama anda.

Jumaat, 20 Januari 2012

SYURGA DAN NERAKA BAGI WANITA


SYURGA DAN NERAKA BAGI WANITA

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda bahawa empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah SWT dan suaminya.

2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).

Kemudian Rasulullah SAW bersabda bahawa empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memakinya (memarahinya).

2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa-apa yang di luar kemampuannya.

3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).

4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah.

~PAKAIAN TAQWA~



Dalam bahasa Arab terdapat kata “tsaw-bun” yang bererti baju atau pakaian. Ketika kata itu dikembangkan keluarlah kata “tsawaa-bun” yang bererti “pahala”. Dari erti bahasa ini mudah untuk difahami, bahawa pakaian dapat membuahkan pahala. Untuk itu perlu kiranya diketahui, bahawa pahala merupakan impak positif dari segala aktiviti yang berlandaskan iman dan taqwa, yang dalam jangka panjang akan mendatangkan kebahagiaan dan kedamaian. Atau dengan kata lain, pakaian yang memiliki nilai-nilai keimanan dan ketaqwaan akan mendatangkan impak positif berupa kebaikan-kebaikan, dan yang terbaik akan diberikan dalam kehidupan yang abadi (akhirat) di sisi Allah.

Firman Allah s.w.t :

وَلَوْ أَنَّهُمْ آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَمَثُوبَةٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ خَيْرٌ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

“Sesungguhnya kalau mereka beriman dan bertaqwa, (nescaya mereka akan mendapat pahala), dan sesungguhnya pahala yang datang dari sisi Allah adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui”. (Al-Baqarah : 103)

Dari berbagai macam bentuk pakaian, maka pakaian yang dibuat dan dipakai berdasarkan iman dan taqwa itulah yang akan menjadi asbab untuk meraih redha Allah. Dalam kitab suci Al-Quran ditemukan kalimat “Libaasut-taqwa”, yang terdiri dari dua kata,  “Libaasun”yang bererti “pakaian” dan berasal dari kata “La-bi-sa” yang bererti “memakai”. Ketika dikembangkan timbul kata “Albasa” yang bererti “menutupi”. Dan kata yang kedua adalah“Al-Taqwa” yang salah satu ertinya adalah memelihara atau menjaga diri dari hal-hal yang tidak disukai Allah. Disinilah, kata “Libaasut-taqwa” kita ertikan dengan “pakaian taqwa” yang berfungsi untuk memelihara atau menjaga diri dari sikap atau perbuatan yang dapat menjatuhkan ke dalam jurang nista dan dosa, dengan cara memakai pakaian yang dapat menutupi yang tidak sepatutnya kelihatan --termasuk menutupi bahagian-bahagian anggota tubuh (aurat). Demikianlah yang dinamakan “pakaian taqwa” menurut pendapat Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir.

Firman Allah :

يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آَيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. ( Al-A'raf : 26)

Sungguh sangat beruntunglah hamba yang memilih baju atau pakaian yang dibentuk dan dipakainya berlandaskan iman dan taqwa kerana ia telah berkiblat kepada kebenaran yang datang dari Allah.

ADAM & HAWA



untuk ADAM..
andai mahu mencari hawa..

  1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk HAWA..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

~Meniti Jalur Dakwah~..(✿◠‿◠)



~Meniti Jalur Dakwah~..(✿◠‿◠)

Cerita dakwah adalah cerita indah . Jalannya penuh liku dan cabarannya menuntut pengorbanan. Tidak ada yang lebih indah dalam kehidupan seorang pendakwah apabila dgn izin Allah orang yang didakwah berubah...(✿◠‿◠).

Kerja dakwah adalah kerja mulia . Tanpa dakwah ajakan tidak akan berlaku dan seruan tidak akan terjadi. Dkwah bukan sekadar menjentik minda tetapi perlu... juga mejen...tik hati. Kalimah dakwah bkan shaja berfikir ttapi membimbing manusia merasa kebenaran. Jalur dkwah adalah jalur terbaik membimbing manusia berubah.~..(✿◠‿◠).

Kerja dakwah adalah tugasku, pemberi hidayah adalah kerja Allah. Apabila orang tdak berubah, caraku mungkin tidak kena. Orang tidak harus dipersalahkan. Apa yang penting PUTUS ASA tidak ada dalam diri..(✿◠‿◠).

~Selagi prinsip ini mnjadi tunjang seorg murabbi dan da'ie, gerak kerja dakwah akn terus subur dan Islam akn terus bangkit m'bawa perubahan~..(✿◠‿◠).

~TIPS2 MENJADI ISTERI SOLEHA~



TIPS2 MENJADI ISTERI SOLEHA;


Berhiaslah di depan suami, cantikkan diri anda, seksikan diri anda, dan bermanjalah dengannya.
Jaga makan dan minumnya, jangan biar dia kelaparan. Kerana selalunya si suami akan jarang menyuruh isteri kecuali bila betul2 kelaparan atau kehausan, dengan cara menjaga makan minumnya, kasih sayang akan selalu bertaut kerana keprihatinan tersebut.
Jaga pakaiannya, pakaian adalah penampilan suami, maka elokkanlah pakaiannya agar jalannya dia atau keberadaannya di mana sekalipun sentiasa di pandang tinggi kerana keelokkan penjagaan dari seorang isteri.
Jangan berhias di luar rumah berlebih-lebihan,,kerana suami akan mencemburuimu,,,dan bila suami murka kepada mu,,Allah juga murka kepada mu.
Jangan memakai pakaian tipis yang jarang kainnya dan menjolok mata warnanya,,kerana itu boleh menimbulkan sakit di hati2 orang yang berpenyakit, sehinggalah timbullah fitnah pada dirimu.
Jangan sanggul rambutmu terlalu atas,,itulah dia fitnah yang makin banyak membawa wanita masuk ke dalam neraka, hal tersebut adalah tabarruj yang amat salah di sisi agama.
Jagalah harta suami, jangan membazir sesuka hati, dan gunakanlah dengan sebaik yang mungkin, agar si suami mendapat keberkatan dengan harta yang ada.
Jaga anak2 menjadi soleh dan soleha,,kewajipan mendidik anak2 ada di bahu seorang ibu, ibu adalah murabbi pertama bagi anak2.
Jaga lidah, pendegaran, dan penglihatan,,agar semuanya hanya di gunakan buat suami yg tercinta.
Doakan suami selalu walau dimana pun dia berada dan berterima kasihlah dengan apa pun pemberiannya.
Jagalah akhlak dan tingkah laku di depan suami,,,suami adalah raja bagi seorang wanita.
Jagalah hubungan suami dengan ibu kandungnya,,kerana syurga suami adalah di tapak kaki ibunya.
Jangan menghindar diri bila suami memerlukan,,sebaliknya sambutlah suami dengan penuh kemesraan bila dia mermerlukan.
Jagalah hati dan kehormatan suami, kerana bagi seorang lelaki yang paling penting adalah harga diri.
Jagalah solat pada waktunya, solat malam jangan lupa, puasa jangan tinggalkan, dan selalulah bersedekah agar rezeki keluarga makin bertambah2.
Cintailah suami dengan sepenuh hati dan terimalah dia seadanya, walau fizikalnya tidak seberapa.

~Bila Kita Jatuh Cinta, Waspada Terhadap Tipu Daya Syaitan~



Ketika kita jatuh cinta, dan mendambakan seseorang jadi jodoh kita. . . .
Namun kita tetap diam, mengendalikan hati untuk tidak tergesa-gesa mengutarakannya, maka yang ada adalah harapan. . .
Do’a kebaikan untuknya tak lupa kita panjatkan..
Semoga dia mampu menjadi hamba yang beriman..
Mengisi hari dengan kebaikan..
Semoga saja Allah mempertemukan, dan mempersatukan di saat yang tepat..

Saat dimana hanya ada perkenalan dengan cara islam yang berakhir dengan lamaran, bukan dengan hubungan bernama Pacaran.

Jika Allah TIDAK menghendaki kita berjodoh dengannya kerana mungkin ada seseorang yang lebih baik dari kita untuknya, dan ada yang lebih baik dari dia untuk kita. . .
itulah nilai kepasrahan.

Namun.. Ketika kita jatuh cinta..
Lalu kita menjalinkan hubungan dengannya. Meskipun hanya didunia maya..
Meskipun hanya ingin mengenalnya dengan lebih lanjut..
Maka Syaitan akan ikut mengambil bahagian

Menyiksa hatimu dengan rindu yang menggebu.. Kemudian rindu berganti sayang penuh kehangatan, tentang masa depan yang akan kita tempuhi bersama. Senda gurau dan kemesraan yang kita bina seolah terasa indah , seolah tak ada yang salah. Kita tidak sedar bahawa apa yang sedang kita lakukan sekarang belum halal untuk dilakukan, dia bukan mahram kita

Kitatelah lalai dari mengingatiNya, kita telah lupa ada Allah yang mengawasi kita. . .mengawasi kemesraan yang belum berhak kita nikmati bersamanya.
Kerinduan berlanjutan dengan impian sebuah pertemuan, Pertemuan yang berakhir dengan sebuah bersentuhan.. Pertemuan yang berakhir dengan pelukan kemudian hati menjadi bergantung padanya. . .

Seolah-olah yang menciptakan kebahagiaan di dunia kita hanyalah dia
Seolah-olah tanpa dia hidup kita tak kan ada ertinya
Seolah-olah tanpa dia kita kan kehilangan nyawa.
Akhirnya.. Ketika perpisahan terjadi, kerana Allah tak menghendaki kita dan dengannya hidup bersama. Kau bersedih dan putus asa..
Hidup seolah-olah tak lagi berwarna, bahkan sehingga tak sudi lagi hidup di dunia.

Ketika cinta terhalang perbezaan agama, hukum Allah berani dilanggarnya. Padahal Allah jelas tak mengizinkan, seorang muslim/muslimah berkahwin dengan orang kafir sebelum mereka beriman meskipun mereka menarik hatimu atau ketika sang kekasih mengajaknya menukar agama.. atas nama cinta murtad pun berani dipilihnya.. Naudzubillah…

Semua orang berhak mencintai dan dicintai.. Tetapi bukan cinta yang tak diredhai.
Cinta selain Kerana-Nya hanya akan membawa kita pada penyesalan.. Penyesalan abadi. Kebahagiaan yang harus dipilih seorang muslim haruslah kebahagiaan yang abadi.. Kebahagiaan yang hakiki.. Kebahagiaan yang ada disisi-Nya. Di Jannah-Nya.
Maka.. Mari saling mengingatkan dalam menatapi kesabaran..

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS al-‘Ankabuut [29]: 2-3)

Segala sesuatu yang hendak menjauhkan kita dari-Nya hanyalah ujian..
Segala sesuatu yang hendak memaksa kita melanggar aturan-Nya hanyalah ujian..
Segala sesuatu yang hendak membuat kita mendustai Janji-Nya hanyalah ujian..
Mari mendekatkan diri pada-Nya, mari mencintai-Nya dengan sebenar-benar cinta.. Maka kita akan tahu, sesuatu yang membuatkan kita hilang kenikmatan menyembah pada-Nya akan segera engkau tinggalkan.

Izinkan Kami menikah tanpa Pacaran, Dengan penuh Kesabaran.. Dengan Penuh Perjuangan, Kemenangan itu ada jadualnya, dan semua akan menjadi indah pada waktunya dengan RedhaMu..