Rabu, 25 Januari 2012

Insan seperti dia hanya satu dalam seribu.Dialah pencarian saya untuk seorang calon isteri


Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Untuk itu, saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-..santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.

Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. S
aya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.
Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan.
Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya,tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga.
Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.

Dia MAMPU mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah,dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.

Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.

Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya...

Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya.

Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir.Insan seperti dia hanya satu dalam seribu.





SEMPURNAKAN DIRI TERLEBIH DAHULU

Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS....
Jika diri tidak seindah SULAIMAN..

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF...
Jika kasih tidak setulus ZULAIKHA...

Tidak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM...
Jika tidak sekuat SARAH..

Tidak perlu mendamba insan sempurna seperti FATIMAH
Andai diri tidak mencontohi ALI...

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH
Jika diri tidak sesempurna RASULULLAH...

Tidak guna ada mata kalau tidak dapat melihat...
Tidak guna ada hati kalau tidak dapat menilai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan