Jumaat, 20 Januari 2012

sifat dengki



Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

kata Imam Al-Ghazali..
Dengki adalah membenci kenikmatan yang diberikan Allah kepada orang lain dan ingin agar orang tersebut kehilangan kenikmatan itu. Dengki dapat merayapi hati orang yang merasa kalah wibawa, kalah populariti, kalah pengaruh, atau 
kalah pengikut. Yang didengki tentulah pihak yang dianggapnya lebih dalam hal wibawa, polulariti, pengaruh, danjumlah pengikut. Tidak mungkin seseorang merasa iri kepada orang yang dianggapnya lebih “kecil” atau lebih lemah. 

Seorang pujangga Arab pernah berkata...
“Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak".

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki”
(HR Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi).

selawat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan