Isnin, 27 Februari 2012

Kita Dengan Allah

Ketika kita mengeluh, Ah...tidak mungkin.." ALLAH menjawab, "Jika Aku menghendaki sesuatu, cukup berkata "jadi", maka jadilah." (QS: Yassin: 82)

Ketika kita mengeluh, "Aku lelah.." ALLAH menjawab, "...dan Kami jadikan tidurmu utk istirahat." (QS. An-Naba: 9 )

Ketika kita mengeluh, "Saya tak sanggup.." ALLAH menjawab, "Aku tdk membebani seseorang, melainkan sesuai kemampuannya." (QS. Al-Baqoroh:... 286 )

Ketika kita mengeluh, Aku stress.." ALLAH menjawab, "Hanya dengan mengingat-KU, hati akan menjadi tenang." (QS. Ar-Ro'd: 28)

Ketika kita mengeluh, "Aah...ini sia-sia belaka.." ALLAH menjawab, "Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar dzarah, niscaya ia akan melihat balasannya." (QS. Al-Zalzalah: 7)

Ketika kita mengeluh, "Ahh...tak seorangpun yg mau memberi dan membantuku.. ALLAH 'Azza wa Jalla menjawab, "Berdoalah kepada-KU, niscaya Aku kabulkan untukmu." (QS. Al-Mukmin: 60)

Ketika kita mengeluh, "Ahh...betapa sedih hatiku.." ALLAH 'Azza wa Jalla menjawab, "LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA." (QS. At-Taubah: 40)

Lantas, berapa banyak lagi yg akan kita keluhkan?? "Sesungguhnya hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku."(QS. Yusuf : 86)...

... Nikmat manakah yang akan kau dustakan.......kalau kau bernafas dengan udaranya....

Hikmat Ayat Al-Kursi


Assalamua'laikum

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang ygbenar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWTmengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wassalam,
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu" 

Perubatan Islam An-Nur


Dalil Quran 

Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 82:"Dan kami turunkan dgn beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yg menjadi ubat penawar & rahmat bagi orang yg beriman kepadaNya". Dan dalam Surah Fussilat ayat 44:"Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk & penawar bagi orang yg beriman". Justeru, ayat-ayat di atas merupakan dasar & inspirasi penubuhan pusat rawatan ini.Pusat rawatan ini menggunakan hanya ayat ayat dari kitab Al-Quran untuk mengubati penyakit penyakit rohani, jasmani dan akhlak. Rangkaian ayat ayat Al-Quran dijadikan sebagai ubat penyembuh dan amalannya bersertakan memohon doa agar dapat mengubati segala penyakit yang dialami, InsyaAllah.

Nota: ‘Perubatan Melalui Al-Quran’ memerlukan keyakinan dan keikhlasan daripada pesakit- pesakit terhadap mukijat Al Quran sebagai penawar. dengan izin Allah.

‎10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. 

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel

Sabtu, 18 Februari 2012

RUKUN ISLAM YANG SEBENAR-BENARNYA


Dalam Islam, wujud lima tiang seri yang menjadi asas kepada kekuatannya. Ia dinamakan ‘al-arkan al-Islam’ ataupun ‘rukun Islam’. Lima rukun itu ialah:

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Mendirikan solat lima waktu
3. Menunaikan zakat
4. Berpuasa di bulan Ramadan
5. Mengerjakan haji di Baitullah

Huraian:

1. Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua perkara. Pertama, hanya Allah S.W.T. sahajalah Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad S.A.W. sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita.

Namun, tidaklah cukup jika kita sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah ini, jika tidak memahami maksud dan tuntutan di sebalik pengucapannya. Bandingannya samalah seperti sighah (ijab dan kabul) semasa akad nikah dalam perkahwinan. Ucapan yang dilafaz itu, menatijahkan suatu tanggungjawab maha berat bagi sepasang suami dan isteri.

Pesan Rasulullah SAW: Daripada ‘Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia masuk neraka ataupun neraka membakarnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menjelaskan, mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penuh kefahaman dan ketulusan, maka ia dapat menyelamatkan mereka daripada dibakar api neraka. Sebaliknya, mereka yang berpura-pura sahajalah, yang akan menjadi bahan bakar neraka Allah. Nauzubillah!

Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, ia disertai dengan tiga perkara yang akan menjadi pembeza iman dan kufur, iaitu:

1. Dikrarkan dengan lidah
2. Ditasdikkan (diakui) dengan hati
3. Dibuktikan dengan amal

2. Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama. Ia jelas dipaparkan di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W., misalnya:

“Ajaklah mereka (penduduk Yaman) menyaksikan (syahadah) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa aku utusan Allah. Jika mereka telah mematuhinya, maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam.” (Hadis Daripada Muadz bin Jabal, riwayat Muslim)



Solat yang didirikan dengan sempurna, maka dapat mencegah diri si pelakunya daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu seksnya. Firman Tuhan:

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Ankabut (29): 45)

3. Menunaikan zakat apabila cukup segala syaratnya. Zakat diindikasikan rukun ketiga, kerana ia sering digandingkan dengan solat demi menunjukkan Islam amat mengutamakan amalan ijtimai (kemasyarakatan) dalam kehidupan umatnya.



Nabi menyatakan: “Apabila yang demikian telah mereka lakukan (bersyahadah dan bersolat), sampaikanlah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah mewajibkan mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya lalu diberikan kepada orang-orang fakir.” (Hadis Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim)

Zakat adalah amalan yang mempunyai nilai ukhuwwah dan juga solidariti yang tinggi. Zakat juga mempunyai konotasi pembersihan harta, penyucian jiwa dan peningkatan peribadi yang terpuji. Orang yang istiqamah menunaikan zakat, maka mereka diberikan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan keuntungan di hari akhirat yang tidak ternilai harganya.

4. Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang bersifat mendidik jiwa. Allah S.W.T. sendiri mejamin akan memberikan pahala yang tidak terhad jumlahnya kepada mereka yang berpuasa, kerana amalan ini bersifat ‘tersembunyi’ dan tidak dapat dilihat seperti solat, haji dan zakat. Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu sama ada dia berpuasa atau tidak, puasa ‘yang yuk’ atau puasa apa maqamnya.

Rasulullah S.A.W. menukilkan: “Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakannya).” (Riwayat Muslim)

Berpuasa mampu melentur nafsu agar tunduk kepada Allah S.W/T. Bahkan puasa juga adalah suatu kaedah paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca segala penyakit



.

5. Menunaikan haji di Baitullah adalah kemuncak kepada rukun Islam yang lima. Ia menjadi bukti agung keIslaman seseorang, namun hanya mereka yang mampu sahaja diwajibkan. Dengan menunaikan haji, maka lengkaplah sudah rukun Islam kita.

Dari Jabir bin Abdullah r.a, katanya: “Kami pergi haji dengan Rasulullah S.A.W., bersama-sama dengan wanita dan anak-anak. Setelah sampai di Mekah, kami tawaf di Baitullah, saie antara Safa dan Marwa.” (Hadis Riwayat Muslim)

Namun begitu, Nabi S.A.W. sendiri hanya menunaikan haji sekali dalam usianya. Ini menunjukkan, yang penting bukan berapa kali ‘naik haji’ melainkan hikmah dan iktibar di sebalik perlakuan haji. Jika rukun Islam yang lain, lebih lembut dan sederhana sifatnya, namun haji adalah perlakuan ibadah yang menzahirkan kesepaduan, kekuatan ummah dan kehebatan individu muslim.

Sebab itulah haji mewajibkan ihram sebagai busananya, menzahirkan tubuh badan yang sihat dan kuat. Semuanya berihram, bukti kita ini hakikatnya sama sahaja tarafnya di sisi Allah SWT. Perlakuan haji juga memerlukan kekuatan tubuh badan, berlarian antara Safa dan Marwah, melontar ketulan batu, bermalam di Muzdalifah dan sebagainya.

Paling agung, haji adalah kongres umat Islam sedunia. Tempat saling kenal-mengenali, mencipta kekuatan ummah dan juga medan pernyataan emosi yang tidak terbatas. Apa lagi yang tidak dinamakan ‘demontrasi’ jika masing-masing mengelilingi Ka’abah dan berarak sambil mengucapkan talbiyah…Labbaikallahu malabaik!!!

Wallahua’lam.

Ahad, 12 Februari 2012

5 TIPS BUAT MUSLIMAH-CARA BERURUSAN DENGAN LELAKI


5 TIPS BUAT MUSLIMAH UNTUK MENGHINDARI LELAKI AJNABI
serta CARA BERURUSAN DENGAN LELAKI AJNABI..
" apabila kamu sukakan seseorg itu sukalah dgn berpada-pada kerana mungkin suatu hari nnt kamu akan membencinya....dan apabila kamu bencikan seseorg itu bencilah dgn berpada-pada krn mungkin suatu hari nnt kamu akan menyukainya "

" kdg2 ALLAH hilangkan sekejap matahari, kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat..Puas kita menangis mencari mana matahari kita..Rupa-rupa nya DIA ingin hadiahkan kita pelangi yg sgt indah " Imam AlGhazali .

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dgn lelaki - Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki - gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate - Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:
" Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik "
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya.
Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

3. Tundukkan hati - Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan - Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja.

Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata.

Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; " ....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.. "
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan - Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.

semoga berjaya bersaha menjadi muslimah solehah :)

sumber : halaqah

Antara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki


Antara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki

1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.

Dalil khusus mengenai perempuan lebih banyak ditekankan dalam Al-Quran dan hadis Nabi berbanding aurat lelaki. Adakah anda ingin menuduh Al-Quran berat sebelah pula? Pendapat empat mazhab mengenai aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat. Berbeza dengan aurat lelaki, empat mazhab berbeza pendapat. Mazhab Syafie dan Hanafi lebih teliti dengan meletakkan dari atas pusat sehingga bawah lutut. Manakala Mazhab Hambali dan Maliki menetapkan aurat lelaki hanyalah menutup kemaluan sahaja. Dan ada pelbagai lagi khilaf ulama mengenai aurat lelaki.

2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi. Sedangkan wanita yang bertudung pun belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. Tidak memakai stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar-benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka.

3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.

Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu menanggung dosa lelaki. Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.

4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana. Pernah lihat lelaki ke pejabat pakai seluar pendek? Pernah tengok lelaki melepak di mall tak pakai baju? Mungkin ada yang pakai seluar londeh nampak boxer mahupun seluar pendek tayang lutut hitam. Tapi peratusannya kecil. Sedangkan wanita ada yang pakai skirt ke pejabat. Yang free hair tak payah cakap la kan. Satu-satunya peluang untuk kita melihat aurat lelaki dengan kadar kekerapan yang tinggi ialah ketika aktiviti sukan dan riadah. Perempuan? Di mana-mana pun ada. Hatta di tanah suci sekalipun masih ada yang degil tidak menutup aurat. Hanya dengan menonton televisyen dan log in facebook pun boleh mengundang zina mata. Takkan kami nak pejam mata sentiasa? Sekarang ini dah terbalik. Jika lelaki buka baju di khalayak ramai, akan disaman. Perempuan berpakaian macam telanjang pula adalah normal.

5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.

Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya. Tambahan pula jika mereka memiliki aset yang gebu dan montok. Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok?Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata. Tetapi, jika lelaki ternampak perempuan bogel, terbeliak biji mata. Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi luar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar.

*************************** Jadi, mungkin inilah antara sebab orang ramai lebih memberi fokus kepada aurat perempuan berbanding aurat Lelaki. Kerana aurat perempuan lebih berat dan menjadi beban kepada orang lain. Kami semua sangat menyayangi anda. Tetapi, kenapa kamu tidak mahu menyayangi kami? Kenapa kamu tiada belas ihsan membiarkan ayah, saudara lelaki dan anak lelaki menanggung dosa-dosa kamu semua? Jika wanita sayangkan lelaki, tutuplah aurat. Kami tidak sanggup menemani anda di neraka.Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk kaum lelaki memandang remeh bab aurat. Aurat lelaki tetap wajib ditutup. Entry ini hanya sebagai jawapan kepada yang suka mengeluh, kenapa orang ramai asyik fokus bab aurat wanita sahaja.

Nabi Muhammad no. 1 !!!


  • Michael H. Hart

    Beliau adalah ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Beliau menulis buku bertajuk The 100 yang diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini diterbitkan semula dengan tajukThe 100 : A Ranking of The Most Influential Persons in History, teribtan Carol Publishing Group pada tahun 1992. Di dalamnya dimuatkan kajian beliau berkenaan 100 orang tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan mempengaruhi jalan hidup manusia. Akhiranya beliau merumuskan, tokoh sejarah ynag paling berpengaruh adalah Muhammad bin Abdullah.

    Daripada 100 orang tokoh yang dikajinya, 20 nama yang teratas ialah :

    01  - Muhammad ibn Abdullah
    02  - Issac Newton
    03  - Jesus Christ (Nabi Isa)
    04  - Buddha
    05  - Confucious
    06  - St. Paul
    07  - Ts'ai Lun
    08  - Johann Gutenberg
    09  - Christopher Colombus
    10 -  Albert Einstein
    11 - Karl Max
    12 - Louis Pasteur
    13 - Galileo Galilei
    14 - Aristotle
    15 - Lenin
    16 - Moses (Nabi Musa)
    17 - Charles Darwin
    18 - Shih Huang Ti
    19 - Augustus Caesar
    20 - Mao Tse-Tung

    Apakah yang menyebabkan beliau memilih Muhammad bin Abdullah sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah? Beliau berkata, "Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. Saya memilihnya sebab hanya beliau sahaja  dalam sejara yang berjaya dalam dua bidang iaitu bidang keagamaan dan keduniaan. Daripada asal usul yang agak biasa, beliau menegaskan dan mengembangkan salah satu agama terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang" - The 100 : A Ranking of The Most Influential Persons in History, M.H. Hart, New York, 1978, hal. 33.

Siapakah Lelaki Soleh ?


Ada sekurang-kurangnya 16 Ciri-ciri seorang Lelaki yang Soleh. ♥ ♥

1) Seorang yang taat kepada Allah dan Rasul-NYa.

2) Jihad fisabilillah di jadikan matlamat hidupnya.

3) Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi.

4) Bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah S.W.T.

5) Ikhlas dalam beramal.

6) Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7) Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya.

8) Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9) Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya.

10) Solat malam menjadi kebiasaanya.

11) Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.

12) Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahu pun sempit.

13) Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah antara mereka.

14) Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.

15) Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.

16) Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.

والله اعلم

Semoga bermanfaat kepada Sahabat sekalian. 

(¯`v´¯) MuHaSaBaH dIrI =) =) =)`•.¸.•´`•.¸•*¨¨*•.¸¸❤`•.¸.¸¸.•*❤ CINTA ALLAH CINTA ABADI...

Satu Soalan Buat Hawa...?


Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

malu den bace bnde nie !! knape kaum hawa jdi cmni ? hu2

Sabtu, 4 Februari 2012

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita


Jika Rasulullah SAW mengingati kita (umatnya), adakah kita sebagainya umatnya mengingati baginda? Hayatilah pengorbanan baginda yang bersusah payah berdakwah kepada kita sehinggalah Islam berkembang sehingga hari ini.


Merindu Baginda Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) | Bersempena dengan Maulidur Rasul iaitu saat kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, Melayukini.net ingin mengajak anda terutamanya yang beragama Islam agar sama-sama kita menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.




Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: ”Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

SUBHANALLAH...KELEBIHAN WANITA


“Ketika Aku menciptakan

seorang wanita, ia diharuskan untuk

menjadi seorang yang istimewa. Aku

membuat bahunya cukup kuat untuk

menopang dunia; namun, harus cukup

lembut untuk memberikan kenyamanan ”


“Aku memberikannya

kekuatan dari dalam untuk mampu

melahirkan anak dan menerima penolakan

yang seringkali datang dari anak-anaknya ”


“Aku memberinya

kekerasan untuk membuatnya tetap tegar

ketika orang-orang lain menyerah, dan

mengasuh keluarganya dengan penderitaan

dan kelelahan tanpa mengeluh ”


“Aku memberinya kepekaan

untuk mencintai anak-anaknya dalam

setiap keadaan, bahkan ketika anaknya

bersikap sangat menyakiti hatinya ”


“Aku memberinya kekuatan

untuk mendukung suaminya dalam

kegagalannya dan melengkapi dengan

tulang rusuk suaminya untuk melindungi

hatinya ”


“Aku memberinya

kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa

seorang suami yang baik takkan pernah

menyakiti isterinya, tetapi kadang

menguji kekuatannya dan ketetapan

hatinya untuk berada disisi suaminya

tanpa ragu”


“Dan akhirnya, Aku

memberinya air mata untuk dititiskan dan

ini adalah khusus miliknya untuk

digunakan bilapun ia perlukan.”


“Kau tahu;kecantikan

seorang wanita bukanlah dari pakaian

yang dikenakannya, susuk yang ia

tampilkan, atau bagaimana ia menyisir

rambutnya.”


“Kecantikan seorang

wanita harus dilihat dari matanya,

kerana itulah pintu hatinya.. Tempat

dimana cinta itu ada.”