Ahad, 20 Mei 2012

16 Kehebatan Kalimah Bismillah !!

◘ Yang pertama ditulis Qalam adalah Bismillah. .maka apabila kamu menulis seusatu, maka tulislah Bismillah pada awalnyakerana Bismillah tertulis pada setiap wahyuyang Allah S.W.T turunkan melalui perantaraan Jibrail.
◘ Bismillah untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila menonton sesuatu dengan Bismillah. Aku tidak akan meniggalkannya sekejap mata pon sejak Bismillah diturunkan kepada Adam A.S ( Hadis Qudsi )
◘ Tatkala Bismillah diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
◘ Demi Allah S.W.T dan Keagongan-Nya, tidaklah Bismillah itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah Bismillah dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah S.W.T beri keberkatan ke atasnya.
◘ Barangsiapa ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah Bismillah setiap kali melakukan perkara yang baik.
◘ Jumlah huruf dalam Bismillah ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS. Al Muddatsir : 30 ) Ibnu Mas'ud berkata " sesiapa yang sesiapa yang ingin Allah S.W.T selamat kan dr 19 malaikat neraka maka bacalah Bismillah 19 kali setiap hari ".
◘ Setiap huruf Bismillah ada Junnah ( penjaga/khaddam ) hingga tiap huruf berkata " sesiapa membaca Bismillah maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya ".
◘ Barangsiapa yang memulakan tulisan Bismillah, nescaya ALLAH S.W.T akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggidan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
◘ Barangsiapa yang membaca Bismillah maka akan bertasbihla segala gunung kepadanya.
◘ Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
◘ Barangsiaap yang membaca Bismillah 50 kalidi hadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati i zalim dan naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
◘ Ucapkan salam dan Bismillah setiap kali hendak memasuki rumah Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian.
◘ Bacalah Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya.
◘ Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaan marah, Insyaallah akan dapat melembutkan hatinya.
◘ Lafaz Bismillah jika di ucap sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah penyakitnya akan sembuh.
◘ Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah apabila selesai solat Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas kecil dan najis. Hendaklah menghadap kiblat sehingga matahri terbenam

Jgn,,,,,???

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN

♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri

♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali

♥ Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.
Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN

: WAHAI LELAKI..NAK JADI LEBIH KACAK, SIMPANLAH JANGGUT

"Lelaki yang berjanggut LEBIH MANIS DIPANDANG..." 
♥(wanita solehah)♥

Sabda Rasulullah SAW :
"Cukurlah kumis dan peliharalah janggut." 
(HR Muslim)

"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu."
(HR Bukhari dan Muslim)

p/s : Janggut merupakan SUNNAH KEKAL hingga ke alam kubur, seorang lelaki akan lebih menyerlah KETAMPANAN dan SIFAT KELAKIANNYA apabila mempunyai janggut..♥♥

:: Wahai LELAKI, berjanggutlah ::

Bagaimana hendak bercinta?

Bukalah hati untuk menerima cinta~
Pastikan bercinta berlandaskan agama~
Bercintalah kerana mencari keredhaan yang Esa~
Elakan bercinta kerana janji manusia~

Bukalah buku untuk mencari ilmu~
Kerana ilmu tak akan datang menemuimu~
Tuntutlah ilmu hingga keakhir masamu~
Selagi ajal belum ketemu~

Bukalah Al-quran untuk mendapatkan ketenangan~
Mujizat terbesar yang dikurniakan tuhan~
Bacalah dan fahamilah maksud yang tersimpan~
Jadikan ia sebagai panduan dalam kehidupan~

AURAT & KEMULIAAN

AURAT & KEMULIAAN

Menutup aurat membuka kewanitaan & kemuliaan. Sebagai contoh, R. Stevenson menulis dalam 'Toronto Star' bertarikh 23 Januari 2002 berhubung dengan etika permakaian wanita Islam. Beliau berkata, " Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan 3 orang wanita muda. Tiba-tiba 2 orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, 'Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya bersimpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal & bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan, wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih & berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-ketiga wanita barat tadi.

Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab & sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat & tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah (yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab & kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita Islam."

Quran Saintifik, karya Dr. Danial Zainal Abidin, m/s 293 & 294.

Sedangkan lelaki Barat kagum dengan cara pemakaian wanita Islam, adakah kita (bagi lelaki) kagum juga? Renung2 kan..... ^__^

Jgn menjadi wanita yg ....

✿..JANGANLAH menjadi WANITA yang suka MENGELUH dan MARAH-MARAH tatkala mendapat DUGAAN dan CUBAAN..jadilah wanita yang sentiasa SABAR dan PASRAH dalam MENCARI PAHALA Allah..✿~

~Couple Islamik...?????~ BOLEH KE

"Jodoh adalah ketentuan Allah tapi ramai yg suka berbicara tentangnya...Kematian juga adalah ketentuan Allah tapi hanya sedikit yang berbicara mengenainya... "
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Sa
fura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

#yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya.. peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya.... wallahualam.

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

#UstazAzharIdrus

*selamat maju jaya..:)

Assalamualaikum ~~~ ^_^

☂☂☂ TERISTIMEWA UnTuK MuSlImAh Yg Ana SaYaNgI krn Allah S.W.T ♥ ♥ ♥

✔✔✔✔ :::syarat letak gambar kat FB ::: ✔✔✔

✿✿✿ TUTUP AURATMU SEBELUM .(isi sendiri). ^_^

◆◆◆ JANGAN ADA NIAT TABARRUJ ★★★

☀☀☀ JANGAN TUJUAN SURUH ORG LAKI2 TENGOK ☼☼☼

➜➜➜ walaupun COMEY ,

►►► TUTUP AURAT

~~~~ TETAPI " gaya " menggoda TAK BOLEH ♠♣♠

❤♥❤ diHARAMkan ulamak ♥✿♥

●●● UAI ►▲▼◄

•.♥• RENUNGAN BUAT HAWA •.♥•

✿ Wanita kelemahannya pada AURAT..
✿ Lelaki kelemahannya pada SYAHWAT..

Maka bagi wanita tidak perlu berkata :
“LELAKI YANG SALAH kerana tidak mampu MENJAGA PANDANGAN mereka!”
Sedangkan kita sendiri yang LALAI DALAM MENJAGA AURAT..

"Sesungguhnya WANITA ITU ADALAH AURAT, maka jika dia keluar (rumah) syaitan akan mengikutinya (MENGHIASINYA agar menjadi FITNAH bagi lelaki), dan keadaannya yang PALING DEKAT dengan Rabbnya (Allah) adalah ketika dia berada di dalam RUMAHNYA."

(HR Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaimah, & ath-Thabrani)

wallahua'lam..

Kerna apa awk mencintaai?

mencintai seseorang itu kerana hartanya. . .
mencintai seseorang itu kerana kekayaannya. .
mencintai seseorang itu kerana kemewahannya . .
. . . Tapi sering kita terlupa bahawa ALLAH itu Maha kaya . . .
jangan sampai cinta kita kepada dunia membuat kita lupa kepada yg Maha Esa.....

"kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan sedang kampung akhirat itulah kampung sebenar andai mereka mengetahui:(Al-ankabut 64)

fikirkan dan renungkan . . . .~(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan waLaupun mereka telah dikecewakan.......
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.♥ SEBUT pasal CINTA, semua PASTI TERSENYUM. BERCINTALAH mengikut SYARIAT ISLAM yang ditetapkan. TIADA MAKSIAT, tidak MELANGGAR PERINTAH ALLAH. Itulah yang dinamakan CINTA dalam ISLAM ♥

Apa yang Allah SWT haramkan sebelum kahwin,

sekejab saja. Sabarlah sekejab ! Dah kahwin nanti, yang halal amatlah luas. Yang halal lebih indah kerana bernaungkan redha Allah SWT. -Ustazah Fatimah Syarha-

Firman Allah di dalam Surah Al-Israa' ayat ke 32 :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan) " [Al-Israa' 17 : 32 ]

Tazkirah : KALA JENGKING - PENGHUNI NERAKA

Bismillahirrahmannirrahim...

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
... bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang:-

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Seindah

◕Seindah2 hati adalah bersangka baik
◕Seindah2 kesedihan adalah mengenangkan dosa
◕Seindah2 kegembiran adalah setelah solat
◕Seindah2 penghayatan adalah ayat2 al Quran
◕Seindah2 nasihat adalah hadis2 nabi SAW
◕Seindah2 tekad adalah nazar
◕Seindah2 taat adalah kepada Allah SWT
◕Seindah2 ikutan adalah kepada Rasullullah SAW

sertailah peraduan LUMBA HARAM & menangi HADIAH HEBAT

percutian ke ALAM BARZAKH , sebuah VAN JENAZAH , kenduri TAHLIL selama

7HARI & saguhati BATU NISAN , DAFTAR SEKARANG taip NAK MAMPUS &
hantar ke NERAKA tempat TERHAD , untuk KETERANGAN lebih LANJUT hubungi
(999 , 994 , 991 ) & PERCUMA 5 tiket PERGI tak BALEK-2 , SELAMAT 
MENCUBA­ ­..................................

Kegembiraan

kegembiraan ibarat semburan pewangi ,
Apabila kita memakainya semua akan dapat merasakan keharumanya .
Oleh itu ,berikanlah walau secebis kegembiraan yang kita miliki itu kepada rakan kita..

Ikhlaslah yang menjadikan diri sendiri agar ,
Hidup dengan penuh ketenangan dan keamanan ,
Umpama buih-buih sabun , bila-bila masa ia akan pecah..

Pramugari vs Ulama

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Pelupa?

Renungan buat diriKU yang mudah lupa..
"Sekiranya berkata-kata itu adalah perak, maka berdiam diri itu adalah emas." (Nabi Sulaiman bin Daus a.s)

Uji

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita..

*Fitnah terbesar bagi lelaki ialah wanita...

Sabtu, 19 Mei 2012

CINTA ALLAH VS CINTA MANUSIA

pandangan ku lontarkan jauh nun di sana,
merenung kembali perjalanan hidup,
ranjau dan onak yang telah dilalui,
semua berputar sekali lagi dlm mindaku…
Ya Allah… jauhnya aku padaMU,
dalam mengejar cinta seorang bernama insan,
aku kecewakan dan abaikan engkau,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering terleka dan lalai,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering tersasar meletakkan kasih itu,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan ‘cinta’ ilahi Rabbi,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan kewajipanku pada ilahi,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering berkata ‘ala, dosa kecil jer… ’
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering disakiti, dikecewakan dan ditinggalkan…
hatiku milik siapa???
adakah hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?
adakah hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?
adakah hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?
adakah hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?
adakah hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada ilahi?
adakah hatiku milik insan yang tiada KALAM ilahi dalam hatinya?
adakah hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?
adakah hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?
inikah yang aku mahu letakkan hatiku padanya???….
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
baru aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,
baru aku sedari yang hatiku terlalu kotor,
baru aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,
baru aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi…
Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif…
ada padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju nurMU
ada padaMU sifat berdiri dengan sendiri… maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi agar ku bisa berdiri dengan kekuatanMU,
ada padaMU sifat lembut… maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU…
Ya Allah, Ya Rabbi,
jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,
campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,
moga dapat aku berikan sedikit,
cahaya itu buat mereka yang kegelapan,
semoga segala yang ku lakukan hanya untukMU,
hanya untuk merebut kasihMU yang Agung,
hanya untuk mencapai redhaMU,
di dunia dan akhirat….
Ameennn Ya Rabbal ‘Alamin….

semoga cinta ALLAH bersama mu Layyinul Harir Sirrul Asrar

Perbezaan Muslimah dan Perempuan

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

♥ Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
♥ Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
♥ Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
♥ Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
♥ Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
♥ Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Hari Quds:


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Sholehuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael gila. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 OGOS setiap tahun menjadi Hari Al-Quds Sedunia.

Kecaman demi kecaman dilakukan ke atas Israel dan umat Islam Palestin sentiasa menjadi wira dalam dunia Islam. Mereka dicop sebagai pengganas oleh Yahudi dan Zionis serta sekutunya di seluruh dunia. Al-Qurtubi mengisytiharkan gerakan intifdah Palestin sebagai suatu jihad, dan mati dalam gerakan Intifadah adalah mati syahid. Demikian dua persepsi dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Satu pihak yang condong kepada kuffar dan musuh Islam mengatakan ia adalah suatu perkara yang tidak bertamadun, membinasakan diri dan mati katak. Sebaliknya pada kaca mata pejuang-pejuang Islam, dan mereka yang berjuang atas landasan jihad mengimani sesungguhnya erti pengorbanan dan sanggup mati kerananya: ia adalah perjuangan suci. 

Pembebasan Palestin tidak akan melalui jalan mudah, satu-satu cara yang paling baik adalah dengan memperjuangkannya melalui peperangan. Siri-siri keganasan Israel dengan memungkiri perjanjian demi perjanjian damai adalah bukti nyata. Situasi terakhir setelah pengunduran penduduk bangsa Yahudi Israel di Genting Gaza, Bukit Golan, dan Tebing Barat yang dirampas dilihat sebagai tidak ikhlas. Ia adalah retorik baru Ariel Sharon. Ariel Sharon dengan angkuh memberitahu dunia bahawa pengunduran itu tidak mengubah kuasanya dari segi demografi. Beliau menjangkakan ‘cengkaman’ akan terus dilakukan dari luar. Betapa Mereka tidak melepaskannya begitu, walaupun penduduk Palestin meraikannya dengan penuh gembira. Mungkinkah Ariel Sharon sedang mengatur strategi baru bagi melanggar dan melenyapkan mereka tatkala mereka leka dengan ‘keamanan’ yang dibayangi Zionis itu? Mungkin juga.

Jgn...!!

Jangan hanya sujud ke " Sejadah " saat susah.
Jangan hanya mengenal " Telekung " & " Kopiah " saat sesak.
Jangan hanya memandang " Kiblat " saat payah.
Jangan hanya teringat " Wudhu' " saat lemas.
Jangan hanya mengenal " Tasbih " saat hanyut.
Jangan hanya memandang " Alam " saat alpa.
Sayang yang tak kelihatan ada pada Hati, letaknya Iman.
Carilah sayang yang Agung itu.
Agar sayang tak lagi palsu.^_^

Whai Nabiku?

Wahai Nuh siapa kamu?  
Aku najiyallah (yang di lepaskan oleh Allah),


Wahai Musa siapa kamu? 
Aku kalamullah. 

Wahai Isa siapa kamu?
Aku ruhullah(Yang dimasukkan ruh oleh Allah ke dalam perut Siti Mariam tanpa bapa)

Wahai Ibrahim siapa kamu?
Aku Khalilullah (Teman bagi Allah)

dan...bila di tanya kepada baginda Rasulullah s.a.w.

Wahai Muhammad siapa kamu ?
maka jawab baginda s.a.w. ANA YATIM (aku anak yatim tiada ibu dan ayah).

Apakah kita masih merasa mulia dan bangga diri??

-Perkongsian Ust Don Daniyal...

Bumi tempat bersemadinya jasad mulia

Bumi tempat bersemadinya jasad mulia Sayyidina
Bilal, Sayyidina Abu Darda, Sayyidina Khalid al-
Walid, Sayyidina Abu Hurairah dan beberapa orang
lagi sahabat nabi ini kian dilupakan.
Satu persatu jiwa ahlinya tumbang syahid akibat
sikap tirani yang maha zalim rejim Basyar. Agak
sukar untuk membayangkan sikap umat Islam yang
seakan-akan buta apabila melihat kezaliman demi
kezaliman yang berlaku di Syria.
Semakin hari, mereka semakin dilupakan.
Sedangkan dalam banyak sabda Baginda
Rasullullah ﻢﻠﺳﻭ ﻪﻴﻠﻋ ﻪﻠﻟﺍ ﻰﻠﺻ menceritakan
berkenaan perihal bumi berkah Syam ini.
Renungilah sabda baginda ini, moga hati kita terus
terbuka untuk berdoa dan membantu mereka.
---------
Daripada Saidina Zaid bin Tsabit, bahawa
Rasullullah ﻢﻠﺳﻭ ﻪﻴﻠﻋ ﻪﻠﻟﺍ ﻰﻠﺻ telah bersabda:
“Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu
terdapat sahabat radiyallahu anhu yang bertanya:
“Kenapa begitu ya Rasullallah?” Baginda ﻪﻠﻟﺍ ﻰﻠﺻ
ﻢﻠﺳﻭ ﻪﻴﻠﻋ bersabda: “Sesungguhnya para
malaikat rahmat menghamparkan sayap ke
atasnya”.
[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam
Tarmidzi]

Ya Allah.....

Ya Allah...
Aku tenggelam dalam amurkah rinduMu..
Aku terpesona dengan belaian kasihMu..
Aku Menanti kemesraan SyahidMu...

Ya Allah...
Pabila tiba waktu itu...
Janganlah engkau biarkan aku terus menunggu
menanti 100 lagi waktu untuk syahidMu
sedangkan syahid itu sudah pun berada dihadapanku...

Ya Allah...
Aku merintih,
Aku menangis,
Aku merindu...
Setiap detik aku menunggu,
setiap saat fikiranku tidak menentu,
Setiap sudut ku melihat syahidMu
dan setiap degupan jantungku merebut syurgaMu..

Allahuakhbar...

♥♥♥♥♥♥♥ I LOVE SYAHID ♥♥♥♥♥♥

RENUNGAN BUAT WANITA

RENUNGAN BUAT WANITA

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Lebih baik dari orang yang pakai tudung tapi tak sembahyang.." 

Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan: Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"

Jawapan: Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"

Jawapan: Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan: Dalam hadis Nabi ada menyebut:“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Jadi,renung2kanlah..Apa yang kita lakukan di dunia ni,Allah dah sediakan "balasan" yang istimewa untuk kita..Pilihlah jalan kita sendiri..samada ke SYURGA mahupun NERAKA..wallahua'lam