Ahad, 20 Mei 2012

AURAT & KEMULIAAN

AURAT & KEMULIAAN

Menutup aurat membuka kewanitaan & kemuliaan. Sebagai contoh, R. Stevenson menulis dalam 'Toronto Star' bertarikh 23 Januari 2002 berhubung dengan etika permakaian wanita Islam. Beliau berkata, " Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan 3 orang wanita muda. Tiba-tiba 2 orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, 'Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya bersimpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal & bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan, wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih & berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-ketiga wanita barat tadi.

Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab & sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat & tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah (yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab & kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita Islam."

Quran Saintifik, karya Dr. Danial Zainal Abidin, m/s 293 & 294.

Sedangkan lelaki Barat kagum dengan cara pemakaian wanita Islam, adakah kita (bagi lelaki) kagum juga? Renung2 kan..... ^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan