Sabtu, 19 Mei 2012

Bumi tempat bersemadinya jasad mulia

Bumi tempat bersemadinya jasad mulia Sayyidina
Bilal, Sayyidina Abu Darda, Sayyidina Khalid al-
Walid, Sayyidina Abu Hurairah dan beberapa orang
lagi sahabat nabi ini kian dilupakan.
Satu persatu jiwa ahlinya tumbang syahid akibat
sikap tirani yang maha zalim rejim Basyar. Agak
sukar untuk membayangkan sikap umat Islam yang
seakan-akan buta apabila melihat kezaliman demi
kezaliman yang berlaku di Syria.
Semakin hari, mereka semakin dilupakan.
Sedangkan dalam banyak sabda Baginda
Rasullullah ﻢﻠﺳﻭ ﻪﻴﻠﻋ ﻪﻠﻟﺍ ﻰﻠﺻ menceritakan
berkenaan perihal bumi berkah Syam ini.
Renungilah sabda baginda ini, moga hati kita terus
terbuka untuk berdoa dan membantu mereka.
---------
Daripada Saidina Zaid bin Tsabit, bahawa
Rasullullah ﻢﻠﺳﻭ ﻪﻴﻠﻋ ﻪﻠﻟﺍ ﻰﻠﺻ telah bersabda:
“Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu
terdapat sahabat radiyallahu anhu yang bertanya:
“Kenapa begitu ya Rasullallah?” Baginda ﻪﻠﻟﺍ ﻰﻠﺻ
ﻢﻠﺳﻭ ﻪﻴﻠﻋ bersabda: “Sesungguhnya para
malaikat rahmat menghamparkan sayap ke
atasnya”.
[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam
Tarmidzi]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan