Sabtu, 4 Februari 2012

BAIK KEPADA ALLAH, barulah baik kepada manusia.


Jika Allah pun ampunkan orang yang berdosa, apa hak saya untuk benci kepada orang yang berdosa.

'Saya nak berubah jadi baik'

'Saya tahu. Semua orang nak jadi baik'

'Tapi saya tak tahu bagaimana dan dari mana saya harus mula...'

'Dari saat ini. Sekaranglah'.

'Susah'

'Susah kerana kamu tak tahu caranya'

'Habis tu, bagaimana?'

Begini...


BAIK KEPADA ALLAH, barulah baik kepada manusia.

Pertama sekali, kita perlu tahu sebab apa kita perlu menjadi manusia yang baik di sisi Allah. Ini ialah perkara yang paling asas, iaitu mengenali siapa itu Allah.

Jangan bertangguh-tangguh untuk berubah.
Jangan beralasan nak tunggu jadi ikhlas (konon-kononnya),
sebab kalau kita nak tunggu ikhlas, sampai mati pun kita tidak akan berubah.

Percayalah,
ikhlas ini hanya akan datang SELEPAS kita berubah.
Ikhlas ialah step 2 manakala step 1 ialah berubah.
Kita tak akan mampu untuk skip the steps.

Kita boleh memilih samada mahu berbaik-baik ataupun menyombong dengan Allah. Tapi, pesan saya, jangan terjerit-jerit pula nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan