Ahad, 12 Februari 2012

Nabi Muhammad no. 1 !!!


  • Michael H. Hart

    Beliau adalah ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Beliau menulis buku bertajuk The 100 yang diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini diterbitkan semula dengan tajukThe 100 : A Ranking of The Most Influential Persons in History, teribtan Carol Publishing Group pada tahun 1992. Di dalamnya dimuatkan kajian beliau berkenaan 100 orang tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan mempengaruhi jalan hidup manusia. Akhiranya beliau merumuskan, tokoh sejarah ynag paling berpengaruh adalah Muhammad bin Abdullah.

    Daripada 100 orang tokoh yang dikajinya, 20 nama yang teratas ialah :

    01  - Muhammad ibn Abdullah
    02  - Issac Newton
    03  - Jesus Christ (Nabi Isa)
    04  - Buddha
    05  - Confucious
    06  - St. Paul
    07  - Ts'ai Lun
    08  - Johann Gutenberg
    09  - Christopher Colombus
    10 -  Albert Einstein
    11 - Karl Max
    12 - Louis Pasteur
    13 - Galileo Galilei
    14 - Aristotle
    15 - Lenin
    16 - Moses (Nabi Musa)
    17 - Charles Darwin
    18 - Shih Huang Ti
    19 - Augustus Caesar
    20 - Mao Tse-Tung

    Apakah yang menyebabkan beliau memilih Muhammad bin Abdullah sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah? Beliau berkata, "Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. Saya memilihnya sebab hanya beliau sahaja  dalam sejara yang berjaya dalam dua bidang iaitu bidang keagamaan dan keduniaan. Daripada asal usul yang agak biasa, beliau menegaskan dan mengembangkan salah satu agama terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang" - The 100 : A Ranking of The Most Influential Persons in History, M.H. Hart, New York, 1978, hal. 33.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan