Jumaat, 20 Januari 2012

~TIPS2 MENJADI ISTERI SOLEHA~



TIPS2 MENJADI ISTERI SOLEHA;


Berhiaslah di depan suami, cantikkan diri anda, seksikan diri anda, dan bermanjalah dengannya.
Jaga makan dan minumnya, jangan biar dia kelaparan. Kerana selalunya si suami akan jarang menyuruh isteri kecuali bila betul2 kelaparan atau kehausan, dengan cara menjaga makan minumnya, kasih sayang akan selalu bertaut kerana keprihatinan tersebut.
Jaga pakaiannya, pakaian adalah penampilan suami, maka elokkanlah pakaiannya agar jalannya dia atau keberadaannya di mana sekalipun sentiasa di pandang tinggi kerana keelokkan penjagaan dari seorang isteri.
Jangan berhias di luar rumah berlebih-lebihan,,kerana suami akan mencemburuimu,,,dan bila suami murka kepada mu,,Allah juga murka kepada mu.
Jangan memakai pakaian tipis yang jarang kainnya dan menjolok mata warnanya,,kerana itu boleh menimbulkan sakit di hati2 orang yang berpenyakit, sehinggalah timbullah fitnah pada dirimu.
Jangan sanggul rambutmu terlalu atas,,itulah dia fitnah yang makin banyak membawa wanita masuk ke dalam neraka, hal tersebut adalah tabarruj yang amat salah di sisi agama.
Jagalah harta suami, jangan membazir sesuka hati, dan gunakanlah dengan sebaik yang mungkin, agar si suami mendapat keberkatan dengan harta yang ada.
Jaga anak2 menjadi soleh dan soleha,,kewajipan mendidik anak2 ada di bahu seorang ibu, ibu adalah murabbi pertama bagi anak2.
Jaga lidah, pendegaran, dan penglihatan,,agar semuanya hanya di gunakan buat suami yg tercinta.
Doakan suami selalu walau dimana pun dia berada dan berterima kasihlah dengan apa pun pemberiannya.
Jagalah akhlak dan tingkah laku di depan suami,,,suami adalah raja bagi seorang wanita.
Jagalah hubungan suami dengan ibu kandungnya,,kerana syurga suami adalah di tapak kaki ibunya.
Jangan menghindar diri bila suami memerlukan,,sebaliknya sambutlah suami dengan penuh kemesraan bila dia mermerlukan.
Jagalah hati dan kehormatan suami, kerana bagi seorang lelaki yang paling penting adalah harga diri.
Jagalah solat pada waktunya, solat malam jangan lupa, puasa jangan tinggalkan, dan selalulah bersedekah agar rezeki keluarga makin bertambah2.
Cintailah suami dengan sepenuh hati dan terimalah dia seadanya, walau fizikalnya tidak seberapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan