Rabu, 25 Januari 2012

Couple Islamik ? ^_^



ASSALAMUALAIKUM..



Kisahnya
mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura
sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh
hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya
berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak
diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan
perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk
pencegah maksiat sekolah.


Beberapa tahun
berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah
tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas
pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka
orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka
berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni.
Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai
serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar
bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana
ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan,
perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh
qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.



Setelah setahun
mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan
Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum
mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya. Muhammad pun berkata.....


"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. 


Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi.

Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada.

Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan 'babi' tu.

Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia.

Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.

Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher.

Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh.

Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. 'Babi' Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu HARAM, ia TETAP haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan